Monday, August 24, 2009

maut menyapa...

al- fatihah...

takziah diucapkan kepada keluarga ALMARHUMAH NURUL ASHIKIN BINTI NASHRUDDIN Yang TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA 22 OGOS 2009 BERSAMAAN 1 RAMADHAN 1430. arwah merupakan rakan sekerja telah meninggalkan seorang anak dan seorang suami di dalam nahas kemalangan setelah kereta yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di KM182.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Maran, semalam.

smoga rohnya di cucuri rahmat dan seterusnya ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan beriman...



berita mengenai arwah yang disiarkan pada akhbar berita harian...sepanjang minggu bekerja tiada sebarang perubahan dalam diri arwah..




ingatlah sesungguhnya MATI ITU PASTI..



amin...





kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu?

Tuesday, August 18, 2009

pergi tak kembali....

smoga roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman...

setiap yang datang pasti pergi...


Friday, August 14, 2009

putrajaya...indah

keindahan putrajaya diwaktu malam untuk tatapan anda....




masjid putrajaya




kelihatan jejaka misteri yang cuba merungkai kejadian alam ciptaan allah...dan menatap betapa indahnya dunia ini yang kini dicemari virus H1N1..





kelihatan bot nelayan di tasik putrajaya..hahhahahah




perlumbaan cahaya di atas jambatan precint 8




menangkap cahaya lampu kenderaan....




masjid putra yang di shoot dari atas jambatan precint 8


Sunday, July 26, 2009

jejak seorang photographer

ini adalah shoot yang diambil dengan menggunakan kamera nikon D60..


sila klik gambar untuk pandangan yang lebih memuaskan..








contoh model tidak berbayar dari abang kitaroz_jr












gambar pandagan sisi dari brader aliascherose





gambar pemandangan yang diambil oleh bro kitaroz_jr dalam usaha mengajar aku untuk menjadi seorang photographer...tq bro

Wednesday, May 27, 2009

Konsert Awan biru...

perh...semalam aku ngan kutu² opis aku bergerak untuk membuat mini konsert kat suatu lokasi yg dirahsiakan.perjalanan yg mengambil masa 5-10 minit ke destinasi tak disia² oleh aku ngan kutu² tu.kitorang wat soundcheck dalam kete seorang kutu ni.

" hati gua berat kearah search la arini " getus sorang kutu ni.sorang lg kutu baik punya melalak lagu awie. " ingat kita ader misi "balas aku setelah melihat kutu² ni macam syok sendiri.

tepat 1 tgh/hari mobil kitorang sampai.."aiseh..ramai lak orang kat sini..parking pon penuh"getus si pemandu. kitorang nekad kalu dah xde sgt mmg akan park ini kereta kat tempat orang kurang upaya sbb kitorang pon dah kurang upaya lg nk cari parking ni.

setelah berlegar² selama 10 minit, kitorang dapat park dan segera k tapak mini konsert..
"aduhh ramai lak makwe² kat sini"getus hatiku sambil mengusap² mata seolah-olah tak percaya sepanjang perjalanan ke tapak pesta.

sesampainya aku dan kutu² ni di depan kaunter segera aku menyeluk poket dan mengeluarkan not kertas berwarna merah kepada seorang kutu ni..
"RM 28... bilik 813" balas makwe yang menjaga kaunter tue..

masuk jer kedalam bilik tersebut 2 orang kutu yang bersama gua terus memegang 'mic' sambil tangan laju menyentuh paparan skrin pada sebuah kotak..

secara tiba² terpacul video dan musik pada skrin LCD..

"Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu"


kedengaran suara dari sorang kutu yang amat aku kenali...
kepala hadas.. tak rock langsung..emosi aku kacau bilau..ruh zaman aku terus lari..

******

setelah menunggu sekitar 10 minit dapat gak aku melayan sepam lagu rozana, isabella dan juga gadisku..walaupon tak dapat ke konsert search awan biru..tp aku puas ati ngan mini konsert aku pada hari tu..."gua masih rock beb!"cakap gua pada kutu yang dendangkan lagu dealova tu..

Monday, May 4, 2009

perjalanan hidup...

orang kata kalu kita pernah berhadapan dgn kes hidup dan mati kita akan terbayang sekilas perjalanan hidup kita..

hari ni aku terbayang sekilas perjalanan hidup aku...
masih ader ruang tuk perbaiki diri ini..

Wednesday, April 8, 2009

kerinduan...

hari ni aku belajar mempelajari erti kerinduan...

blog fajar yg membuat hatiku tersentuh...
moga anda suma dapat membaca n menghayati kisah fajar...
entri-entri fajar bukan hanya kesedihan malahan bagaimana untuk mengatasi kesedihan walaupon diuji sehebat-hebat ujian...wat kita berpikir untuk kembali kepada yang ESA..


sila klik Fajar seluas Angkasa

smoga roh anakanda fajar dicucuri rahmat...

Tuesday, January 20, 2009

Dengan nafasmu...

Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di bumi Palestin, hancurkanlah rejim zionis......... amin...."
(kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dihancurkan dengan Izin Allah)


setiap kali bom Israel membunuh orang Palestin dan pengebom berani mati Hamas membunuh orang Yahudi, setiap kali itu jugalah satu generasi baru pejuang di lahirkan
.