assalamualaikum..pertama kali aku mencoret di dalam ruangan blog.sekadar untuk melepaskan perasaan kegembiraan,kesedihan,kesyukuran dan segala macam perasaan lagi.
Friday, October 24, 2008
Ajal maut ditangan Allah...
aku teringat saat aku memandikan,mengkafankan,solat jenazah seterusnya menanamkan jenazah tokwan..betapa kerdilnya sebagai hamba Allah..betapa luasnya pintu taubat yang dibuka kepada aku sebelum menutup mata..perasaan aku kucar-kacir waktu tu...
akurasa bersalah...penuh dosa lemah..kepadaMU...aku mohon kata ampun..
Sunday, October 12, 2008
JGO ' Oh Bulan '

antara lagu - lagu diorang di dalam mini album terbaru bertajuk ' Oh Bulan 'adalah :
- Si Dia ( top )
- Jauh ( top)
- personaliti berubah
- tinggal
- i got time
so sesape yang berkenan nak membeli mini album diorang @ mengenali dengan lebih rapat lehla berbuat demikian di sini.
support our local band ( suh bg sokongan barangan tempatan tapi tak guna bahasa malaysia hehehhe)
Gambar kat bawah ni lak di snap sekitar awal penubuhan band ni..waktu ni muka masing- masing masih hijau lg. Gambar ini di snap bg cover cd demo diorang bertajuk ' senyuman Bidadari '.Apepon lagu diorang memang layan dengan paduan vocal yang mantap, dentuman drum yang padu,gitar yang diasah dengan tajam. Ada diantara ahli band ni masih lg bergelar pelajar.
walaupon diorang masih baru dalam arena muzik.Aku harap band ni akan terus bersama dan menghasilkan karya - karya yang lebih menarik untuk memantapkan lg seni tanah air negara. smoga berjaya dalam pelajaran dan muzik..so kepada ahli band yang masih lg study,study la rajin - rajin , jgn nnt orang tua cakap gagal study sebab bermain muzik sedangkan sumanya sebab perempuan..hehehheh
lu orang ader otak,
lu orang fikirla sendiri...
last skali ni link myspace diorang sila klik disini
| JAZLAN (vokal/lirik/melodis) ANT (gitar utama) WAN (bass/dum dum dum) AN (gitar kedua/vokal latar) MONCHE (drum) |
p/s: akan datang aku akan cube update projek terbaru diorang serta beberap lirik dari lagu diorang..nanti kan kemunculannya..best woo lagu2 derang..
Thursday, August 21, 2008
31 OGOS 1957 Merdeka...merdeka..merdeka..
Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya
TUN Mahathir
mei 1996
Darul Aman,Iman,Ridzuan,Indera Kayangan,
Ehsan,Takzim,Naim,Wilayah Persekutuan
Negeri Bersejarah,Makmur Dan Khusus
Pulau Mutiara,Bumi Kenyalang,Di Bawah Bayu
Bersatu,Berjanji,Bersumpah
Melawan Perintah
Menentang Penjajah
Demi Sembilan Belas
Lima Puluh Tujuh
Tiga Satu OGOS
Kita MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
MerDAYka…..
malaysiaku...merdeka..
Monday, August 18, 2008
silaturahim di antara engkau dan aku

Gambar ni di snap sekitar jam 1.00 tgh hari pada tahun 2001..masa ni x payah nk pikir masalah sebab suma tau cari masalah dan wat masalah jer.
kepada mereka2 didalam gambar ni dimanakah anda berada? giler dah berapa lama tak jumpa..ape cerita?pantas sungguh masa berlalu.aku akn citekan serba sedikit pasal kitorang.
Ni la rakan seperjuangan aku masa tu.masing2 amik berat antara satu sama lain(kami bukan gay@boy band)..
yang baju biru tu semua pengganas skolah..hahaha..diorang la informer kitorang kalu ader operasi lalang dari pihak skolah..so masa tu macam citer internal affair pon ader(kalu korang tgk movie tu la) .oleh kerana kelas kitorang sebelah tandas perempuan so menjadi kegiatan utama kitorang untuk menyakat bdk2 pompuan yang lalu lalang.lagipon masa tu x main la awek2 ni..so dah menjadi lumrah alam untuk budak2 lelaki menunjukkan kelakiannya. kerja2 menDajal ni serah j kat kitorang..
terima kasih suma sbb bagi aku peluang jd rakan korang..
walau dimanapon korang berada aku doakan smoga korang berjaya..rakan
Tuesday, August 12, 2008
Cuai
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
smoga Allah memberi rahmat dan petunjuk kepada para pemimpin kita...
~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~
Monday, August 4, 2008
Ngilu
Alamak lain macam jer caller ringtone mamat ni,lagu yovie & Nuno tajuk menjaga hati..perh mamat ni tgh kecewa agaknya.. panggilan aku tak dijawab.pastu aku hantar la sms suh dia angkat tepon 'maybe' dia lupa no tepon opis aku. Tetiba j aku dapat sms dari dia cakap dia atas motor td.aku pon trus la call dia balik dengar caller ringtone yang sama..pastu dengar lak suara dia. Suara macam sedih j bukan ape aku call dia sebab nk tau j keadaan dia macam na. Sian lak aku dengar citer dia..bukan ape dah 2 orang bekas awek dia kawin ngan orang lain. pastu lak aku memang menjangkakan yang diorang akan berkahwin yela masa belajar lu macam belangkas j dorang berdua dahla satu kelas pastu hampir setiap hari pas abis kelas j.o akan hantar bekas aweknya pulang.Dasatnya ko j.o wa tabik sama lu
Berbalik pada bekas awek dia yang baru berkahwin ni J.o cakap dia dah berkawan lebih kurang 7 tahun(lamanya J.o). tp bekas aweknya pernah menyatakan hasrat nak berkahwin tp biasala lelaki kalu belum bersedia susah lah nk trima.J.o cakap dia penah suh bekas awek dia ni tunggu bagi dia masa tp maybe bekas awek dia tak pecaya.Pastu yang menyedihkan j.o cakap kalu dia tak pecaya untuk bagi masa bermakna hampir 7 tahun dia tak pecaya kat J.o.lagi satu kerja J.o ni memerlukan waktu shift,so pepahamla mana banyak masa untuk diluangkan pada orang tersayang. so pada pendapat aku komitmen pada ex-gurl dia kurangmenjadi punca keretakan(berdasarkan cerita dia) ngan kekawan lagila kurang.Dia sendri ngaku kat dalam tepon tu..habis sesi meluahkan perasaan kat aku.
Aku pon bagila kata2 semangat kat dia. alhamdulillah dia ni jenis yang tak berdendam dan tak memendam.Di akhir perbualan kami merancang untuk berjumpa,lepak2 sambil bercerita kisah silam.Apepon kita hanya merancang hanya tuhan menentukan, kalu kita tak merancang siapa nk menentukan?
Aku harap j.o akan mendapat jodoh yang lebih baik pada masa akan datang. smoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Slamat pengantin baru kepada Nana smoga kekal ke akhir hayat..pada J.o aku harap ko tabah bg hari2 yang mendatang..memanglah penat, tapi macam mana nak buat..sudah terlambat baru nk cepat,terperanjat..kembali kepada selamanya,Kalau jatuh lagi.. berdiri kembali.. sekali lagi
Ni lirik lagu band couple tu..
by Couple
Dimana kaca yang berserpihan
Biar aku pijakkan
Dimana taufan yang bertiupan
Biar aku padamkan
Kerna semua sudah tiada ertinya
Tentang cinta sudah tiada maknanya
Tentang kita elok dilupakan semua
Dimana laut yang bergelora
Kan ku redah semua
Dimana letaknya cinta kita
Kan ku pijak semua
Kerna semua sudah tiada ertinya
Tentang cinta sudah tiada maknanya
Tentang kita elok dilupakan semua...
Tuesday, July 29, 2008
Insya - Allah
Masih ader lagi cita2 aku yang lom tercapai. Insya - Allah akan ku sampaikan.. akanku rampaikan.Terima kasih kepada insan2 yang sudi melafazkan ucap selamat hari lahir.. terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua orang tua kita..
Panjiku keramat hingga akhir hayat
Kedunia zahirmu azamku isikan
Janjiku selamat hingga akhir riwayat
Hadiyah MU kuterima sebagai cenderamata
Untuk jiwaku yang buta
Aku akukan korbankan
Sejagat nyawaku hanya untukMU
Aku akukan sematkan
Selawat doaku hanya untukmu
Keduniya lahirmu qamatku bisikan
Panjiku azimat hingga ke akhir tamat
Kemaya zahirmu zam-zamku isikan
Janjiku azamat hingga ke akhir kiamat
Hidayah MU kuterima sebagai cahaya mata
Untuk ragaku yang buta
Aku akukan korbankan
sejagatnyawaku hanya untukMU
Aku akukan sematkan
Selawat doaku hanya untukMu
Bismillahirrahmanirrahim
Betapa besarnya pengorbanan ibubapa terhadap anaknya..mereka tak pernah lupa tanggungjawab sebagai ibubapa,tapi aku kekadang sebagai anak lupa tentang tanggungjawab sebagai seorang anak.. seorang anak yang telah lupa bahawasanya dia dicorakkan dari sehelai kain putih untuk menjadi warna2 pelangi yang menarik.Pabila warna2 pelangi yang menarik td diperlakukan sebagai hiasan. Ya Allah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun bergelar anak samada secara langsung ataupon tak. Cukupkah ape yang aku lakukan selama ini sebelum mereka ataupon aku yang menutup mata dahulu?
Insya - Allah akan ku ubah sikapku..banyak kata yang tak mampu kuungkapkan tentang pengorbanan kedua orang tua aku. Setiap langkahku moga mendapat restu dari mereka berdua..
Insya - Allah sebelum menutup mata..
P/s: Tima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku..tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut tarikh lahir pada hari ini slamat hari lahir diucapkan..
" Everyday is somebody birthday "
Friday, July 18, 2008
Tentang - tentang
kami sekeluarga redha ngan pemergian arwah..tapi ape yang aku terbayang adalah kehidupannya..Arwah tokwan merupakan satu2 tujuan kami balik kampung(kerana kedua2 datuk dan nenek sebelah mak telah lama meninggal sejak aku berumur bawah 4 tahun).Arwah tok(nenek) pula telah meninggal dunai pada tahun 2001. aku tak dapat hadir pada hari pengebumian tok kerana menghadapi SPM. Setiap kali hari raya aku hanya akan balik kampung di penang sahaja..tula satu2nya kampungku..bayangkan selama 20 tahun lebih hari raya disambut di sebuah kampung sahaja..tempat tu la yang aku rasai suasana berhari raya.
terlalu banyak kenangan aku dan arwah...kami penah berbasikal dari kampung padang tembusu(nama kampungku) ke pekan penanti yang jaraknya kurang 5 Km hanyalah untuk pergi gunting rambut..arwah mmg terkenal dengan sifat tegasnya..maklumlah bekas polis. so ramailah cucu2nya dimarahi jika melakukan kesilapan..bila dah kumpul ramai2 tu mestilah bermacam2 perangai.
Kami sekeluarga segera bertolak pada malam tu pulang ke kampung dengan di iringi keluarga angkat aku. Kami sampai tepat jam 4 pagi,segera aku mengangkat wuduk dan mengambil yassin dan membaca di sebelah jasad arwah. pagi tu aku telah mengangkat jasad arwah untuk dimandikan. Itulah kali pertama aku memandikan jenazah,bermacam-macam perasaan aku pada waktu itu..setelah selesai jenazah dimandikan jasad arwah dikafankan kami melihat serta mencium jasad arwah sebelum jenazah di tutup muka serta di simpan. Sepanjang proses tu tak terhenti aku membaca surah Surah Al-Ikhlas.sayu nya hati tatkala melihat adik beradik ayahku ada yang menangis tatkala muka arwah ditutup.jenazah segera dibawa ke masjid untuk di solatkan serta disimpan(dikebumikan).selesai urusan arwah kami segera pulang ke rumah..sebelum pulang k kuala lumpur aku sempat mengambil baju melayu arwah tokwan sebagai tanda..smoga tokwan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Ape yang paling menginsafkan aku adalah cerita kehidupannya pada masa penjajahan tentera Jepun di tanah melayu. Jepun telah datang ke kampungnya dan meminta ketua kampung untuk memilih 6 orang pemuda untuk bekerja di landasan keretapi maut di siam(Thailand) .Sekiranya xde orang yang mengikut perintah,maka seluruh kampung akan menerima padah.Maka arwah pon tergolong dalam 6 orang yang terpaksa untuk menyertai sebagai BURUH LANDASAN KERETAPI MAUT. Mereka diantara yang tidak bernasib baik tetapi demi kampung tercinta..mereka terpaksa..daripada 6 orang tersebut hanya lebih kurang 2-3 orang yang berjaya balik termasuk arwah. Salah seorang sahabatnya meninggal dunia di pangkuan arwah.
AHMAD nama kawannya..dan nama tu jugakla diberi kepada ayahku sempena nama sahabatnya yang meninggal dunia di pangkuannya. Bila mengenangkannya... sedih melihat keadaan negara malaysia pada waktu ni..orang2 terdahulu bertungkus lumus memperjuangkan tanah air tetapi kita rakyat generasi baru hanya tahu menghancurkannya. Sesama Melayu pon kita masih bergaduh. Kita tidak lagi menghormati orang terdahulu yang memperjuangkan tanah air tanpa meminta balasan kerana bagi mereka perjuangan adalah demi Agama,Bangsa dan tanah air.
Mereka yang terdahulu pernah merasai derita penjajahan,kesan peperangan,kehilangan harta benda. Sebetulnya kita patut bersyukur dengan pengorbanan yang telah diberikan oleh orang terdahulu..perjuangan mereka adalah jujur.mereka benar2 memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Perjuangan generasi sekarang masih didalam kabus ribut. Terima kasih tokwan kerana menyedarkan aku erti kemerdekaan.
Disini menglamun hari mendatang, hari mendatang kiranya ku memeluk hiba..
sekalipun beralun awan mendatang, awan mendatang kiranya ku memeluk hibur..
~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~
Monday, July 14, 2008
jauh
waktu tu aku muda remaja,aku bekerja sebagai Support Engineer .. jawatan ni memerlukan aku untuk support bermacam2 seperti contoh 'site support','phone support' dan 'merepair circuit board'.Suma board yang dibuat oleh branch elid di guangzhou.aku sorang j wat repair. Separuh nk mampus bertungkus lumus merepair.
Dalam unit aku ,aku satu2 nya pekerja melayu dimana department aku seramai 7 orang termasuk aku. Mmg terasa sunyi giler.Sesakali bila MC masa tu handphone x penah sunyi ader j orang call. terasa gak yang kita ni sebahagian penting dalam syarikat. kekadang rasa bangga pon ader bila dapat membuktikan yang orang melayu ni bukan pemalas.
Setiap hari aku rehat dalam kul 1 pm sampai la kul 2 pm (actually waktu rehat sebenarnya 12.30pm sampai 1.30 pm). Bukan ape, mana sempat nk pegi solat,dahla kat opis tu x de surau terpaksala aku pegi makan kat bawah masjid ngan solat skali (masjid bulat kat SS 14 Pj).setiap kali makan j aku mesti akan ternampak brader ' otai ' yang bekerja di kawasan sekitar gak turun makan..sumanya makan sesorang j. perh..kalu aku trus keje sini mmg sepi la aku macam brade2 ni..getus hati kecilku. xleh jadi ni aku kena gak cari keje lain..dah setahun aku macam ni..rasa x leh blah dah aku menahan kesepian ni..jauh sangat ngan sifat peribadi aku
Surat dari Gomen pon sampai...sila melaporkan diri pada 21.09.2006 di JPM( tarikh keramat untuk aku )tersenyum lebar aku..alhamdulillah capai gak cita2 aku.
Skank dah dekat 2 tahun aku keje gomen.stakat ni masih bertahan sehinggalah masuk 2008..ramainya opismate aku berpindah..Jauhnya..apepon smoga korang maju jaya dalam suma bidang yang diceburi. opis ni mmg sunyi tanpa kehadiran korang..yang masih tinggal kat sini hanya aku dan kenangan j. Terasa berat nk melangkah n meneruskan kerja. Slalunya bila dah dapat kawan yang baik mesti x lama..pesan sorang kawanku..hahahha tul gak cakap dia..skank tepat kul 5 aku trus berlalu punch out. Slalunya lewat pastu pegi minum kat mamak br balik.
kitorang akan bergelak ketawa..tapi kini ntahla..dengan masalah negaranya,ekonomi ,politik dan macam2 lagi..kita suma rakyat malaysia dalam tekanan..dan aku..hilang satu lagi tempat menghilangkan tekanan dengan hilaian tawa dan jeritan kegembiraan dari insan bergelar RAKAN.
kini aku rasa jauh dari kegembiraan...
~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~
<---ni gambar hari keluarga tempat keje aku yang pertama sekali.ramai yang dah hilang dalam gambar ni...yang tinggal aku dan kenangan j....
p/s : kepada warga elid sdn bhd (bakhtiar , suzy , zam ,hasib terima kasih aku ucapkan kerna sudi berkawan,tunjuk ajar kekadang tu ader gak tunjuk kuang ajar.. ngan aku masa kat elid lu hehehhe..) dan yang paling istimewa pada abg mazlan n abg Rizal (senior technician) tima kasih sebab bawak aku keja kat site walaupon dimana anda berada.



