Tuesday, July 29, 2008

Insya - Allah


Seperti yg slalu ku impi..ku..mimpikan...hari ni genaplah aku berumur 24 tahun.Bersyukur alhamdulillah masih lagi bernafas dan mampu menikmati nikmat yang diberikan oleh Allah swt. Terlalu byk perubahan yang berlaku di sekeliling diri aku.24 tahun keamanan dan kesejahteraan yang telah aku tempoh.masih adakah lagikah keamanan dan kesejahteraan untuk tahun2 yang akan datang..terasa cepat masa berlalu

Masih ader lagi cita2 aku yang lom tercapai. Insya - Allah akan ku sampaikan.. akanku rampaikan.Terima kasih kepada insan2 yang sudi melafazkan ucap selamat hari lahir.. terlalu banyak pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua orang tua kita..


Bismillahirrahmanirrahim

Keduniya lahirmu azanku bisikan
Panjiku keramat hingga akhir hayat
Kedunia zahirmu azamku isikan
Janjiku selamat hingga akhir riwayat

Hadiyah MU kuterima sebagai cenderamata
Untuk jiwaku yang buta

Aku akukan korbankan
Sejagat nyawaku hanya untukMU
Aku akukan sematkan
Selawat doaku hanya untukmu

Keduniya lahirmu qamatku bisikan
Panjiku azimat hingga ke akhir tamat
Kemaya zahirmu zam-zamku isikan
Janjiku azamat hingga ke akhir kiamat

Hidayah MU kuterima sebagai cahaya mata
Untuk ragaku yang buta


Aku akukan korbankan
sejagatnyawaku hanya untukMU
Aku akukan sematkan
Selawat doaku hanya untukMu
Bismillahirrahmanirrahim

Betapa besarnya pengorbanan ibubapa terhadap anaknya..mereka tak pernah lupa tanggungjawab sebagai ibubapa,tapi aku kekadang sebagai anak lupa tentang tanggungjawab sebagai seorang anak.. seorang anak yang telah lupa bahawasanya dia dicorakkan dari sehelai kain putih untuk menjadi warna2 pelangi yang menarik.Pabila warna2 pelangi yang menarik td diperlakukan sebagai hiasan. Ya Allah terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan sepanjang 24 tahun bergelar anak samada secara langsung ataupon tak. Cukupkah ape yang aku lakukan selama ini sebelum mereka ataupon aku yang menutup mata dahulu?

Insya - Allah akan ku ubah sikapku..banyak kata yang tak mampu kuungkapkan tentang pengorbanan kedua orang tua aku. Setiap langkahku moga mendapat restu dari mereka berdua..
Insya - Allah sebelum menutup mata..


P/s: Tima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku..
tak lupa juga kepada sesiapa yang menyambut tarikh lahir pada hari ini slamat hari lahir diucapkan..
" Everyday is somebody birthday "

Friday, July 18, 2008

Tentang - tentang

Sepanjang perjalanan menuju ofis aku teringat pada arwah tokwan(datuk) aku...Ishak bin Awang yang telah meninggalkan dunia pada 31 Ogos 2006.. dengan tarikh lahir tidak rasmi yang tertera dalam mykad pada usia 83 tahun. Arwah meninggal di hospital besar pulau pinang selepas menjalani pembedahan akibat saluran darahnya tersumbat. kami semua telah menjangkakan pemergian arwah berdasarkan pandangan doktor yang menyatakan di Eropah sekiranya terdapat 10 kes sebegitu hanya 1-2 kes saja yang berjaya diselamatkan melalui pembedahan. petang tu selepas mendengar berita dari Paklang aku termenung mengenangkan arwah tokwan. Arwah banyak menolong kami sekeluarga...terima kasih tokwan

kami sekeluarga redha ngan pemergian arwah..tapi ape yang aku terbayang adalah kehidupannya..Arwah tokwan merupakan satu2 tujuan kami balik kampung(kerana kedua2 datuk dan nenek sebelah mak telah lama meninggal sejak aku berumur bawah 4 tahun).Arwah tok(nenek) pula telah meninggal dunai pada tahun 2001. aku tak dapat hadir pada hari pengebumian tok kerana menghadapi SPM. Setiap kali hari raya aku hanya akan balik kampung di penang sahaja..tula satu2nya kampungku..bayangkan selama 20 tahun lebih hari raya disambut di sebuah kampung sahaja..tempat tu la yang aku rasai suasana berhari raya.

terlalu banyak kenangan aku dan arwah...kami penah berbasikal dari kampung padang tembusu(nama kampungku) ke pekan penanti yang jaraknya kurang 5 Km hanyalah untuk pergi gunting rambut..arwah mmg terkenal dengan sifat tegasnya..maklumlah bekas polis. so ramailah cucu2nya dimarahi jika melakukan kesilapan..bila dah kumpul ramai2 tu mestilah bermacam2 perangai.

Kami sekeluarga segera bertolak pada malam tu pulang ke kampung dengan di iringi keluarga angkat aku. Kami sampai tepat jam 4 pagi,segera aku mengangkat wuduk dan mengambil yassin dan membaca di sebelah jasad arwah. pagi tu aku telah mengangkat jasad arwah untuk dimandikan. Itulah kali pertama aku memandikan jenazah,bermacam-macam perasaan aku pada waktu itu..setelah selesai jenazah dimandikan jasad arwah dikafankan kami melihat serta mencium jasad arwah sebelum jenazah di tutup muka serta di simpan. Sepanjang proses tu tak terhenti aku membaca surah Surah Al-Ikhlas.sayu nya hati tatkala melihat adik beradik ayahku ada yang menangis tatkala muka arwah ditutup.jenazah segera dibawa ke masjid untuk di solatkan serta disimpan(dikebumikan).selesai urusan arwah kami segera pulang ke rumah..sebelum pulang k kuala lumpur aku sempat mengambil baju melayu arwah tokwan sebagai tanda..smoga tokwan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Ape yang paling menginsafkan aku adalah cerita kehidupannya pada masa penjajahan tentera Jepun di tanah melayu. Jepun telah datang ke kampungnya dan meminta ketua kampung untuk memilih 6 orang pemuda untuk bekerja di landasan keretapi maut di siam(Thailand) .Sekiranya xde orang yang mengikut perintah,maka seluruh kampung akan menerima padah.Maka arwah pon tergolong dalam 6 orang yang terpaksa untuk menyertai sebagai BURUH LANDASAN KERETAPI MAUT. Mereka diantara yang tidak bernasib baik tetapi demi kampung tercinta..mereka terpaksa..daripada 6 orang tersebut hanya lebih kurang 2-3 orang yang berjaya balik termasuk arwah. Salah seorang sahabatnya meninggal dunia di pangkuan arwah.

AHMAD nama kawannya..dan nama tu jugakla diberi kepada ayahku sempena nama sahabatnya yang meninggal dunia di pangkuannya. Bila mengenangkannya... sedih melihat keadaan negara malaysia pada waktu ni..orang2 terdahulu
bertungkus lumus memperjuangkan tanah air tetapi kita rakyat generasi baru hanya tahu menghancurkannya. Sesama Melayu pon kita masih bergaduh. Kita tidak lagi menghormati orang terdahulu yang memperjuangkan tanah air tanpa meminta balasan kerana bagi mereka perjuangan adalah demi Agama,Bangsa dan tanah air.

Mereka yang terdahulu pernah merasai derita penjajahan,kesan peperangan,kehilangan harta benda. Sebetulnya kita patut bersyukur dengan pengorbana
n yang telah diberikan oleh orang terdahulu..perjuangan mereka adalah jujur.mereka benar2 memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Perjuangan generasi sekarang masih didalam kabus ribut. Terima kasih tokwan kerana menyedarkan aku erti kemerdekaan.


Disini menglamun h
ari mendatang, hari mendatang kiranya ku memeluk hiba..
sekalipun beralun awan mendatang, awan mendatang kiranya ku memeluk hibur..

~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~


Monday, July 14, 2008

jauh

aku terasa jauh pabila berlakunya sesuatu perubahan...hari ni melangkah masuk opis terasa sunyi kerna 3 orang rakan sekerja telah melangkah keluar untuk melakukan satu lagi perubahan.terasa ade kekurangan dalam opis. Sepi nya aku rasa,terkenang balik sewaktu aku mula2 bekerja di ELID sdn berhad.syarikat ni buat security access system(company ni kat Jalan 223 PJ).

waktu tu aku muda remaja,aku bekerja sebagai Support Engineer .. jawatan ni memerlukan aku untuk support bermacam2 seperti contoh 'site support','phone support' dan 'merepair circuit board'.Suma board yang dibuat oleh branch elid di guangzhou.aku sorang j wat repair. Separuh nk mampus bertungkus lumus merepair.

Dalam unit aku ,aku satu2 nya pekerja melayu dimana department aku seramai 7 orang termasuk aku. Mmg terasa sunyi giler.Sesakali bila MC masa tu handphone x penah sunyi ader j orang call. terasa gak yang kita ni sebahagian penting dalam syarikat. kekadang rasa bangga pon ader bila dapat membuktikan yang orang melayu ni bukan pemalas.

Setiap hari aku rehat dalam kul 1 pm sampai la kul 2 pm (actually waktu rehat sebenarnya 12.30pm sampai 1.30 pm). Bukan ape, mana sempat nk pegi solat,dahla kat opis tu x de surau terpaksala aku pegi makan kat bawah masjid ngan solat skali (masjid bulat kat SS 14 Pj).setiap kali makan j aku mesti akan ternampak brader ' otai ' yang bekerja di kawasan sekitar gak turun makan..sumanya makan sesorang j. perh..kalu aku trus keje sini mmg sepi la aku macam brade2 ni..getus hati kecilku. xleh jadi ni aku kena gak cari keje lain..dah setahun aku macam ni..rasa x leh blah dah aku menahan kesepian ni..jauh sangat ngan sifat peribadi aku

Surat dari Gomen pon sampai...sila melaporkan diri pada 21.09.2006 di JPM( tarikh keramat untuk aku )tersenyum lebar aku..alhamdulillah capai gak cita2 aku.
Skank dah dekat 2 tahun aku keje gomen.stakat ni masih bertahan sehinggalah masuk 2008..ramainya opismate aku berpindah..Jauhnya..apepon smoga korang maju jaya dalam suma bidang yang diceburi. opis ni mmg sunyi tanpa kehadiran korang..yang masih tinggal kat sini hanya aku dan kenangan j. Terasa berat nk melangkah n meneruskan kerja. Slalunya bila dah dapat kawan yang baik mesti x lama..pesan sorang kawanku..hahahha tul gak cakap dia..skank tepat kul 5 aku trus berlalu punch out. Slalunya lewat pastu pegi minum kat mamak br balik.

kitorang akan bergelak ketawa..tapi kini ntahla..dengan masalah negaranya,ekonomi ,politik dan macam2 lagi..kita suma rakyat malaysia dalam tekanan..dan aku..hilang satu lagi tempat menghilangkan tekanan dengan hilaian tawa dan jeritan kegembiraan dari insan bergelar RAKAN.

kini aku rasa jauh dari kegembiraan...

~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~





<---ni gambar hari keluarga tempat keje aku yang pertama sekali.ramai yang dah hilang dalam gambar ni...yang tinggal aku dan kenangan j....







p/s : kepada warga elid sdn bhd (bakhtiar , suzy , zam ,hasib terima kasih aku ucapkan kerna sudi berkawan,tunjuk ajar kekadang tu ader gak tunjuk kuang ajar.. ngan aku masa kat elid lu hehehhe..) dan yang paling istimewa pada abg mazlan n abg Rizal (senior technician) tima kasih sebab bawak aku keja kat site walaupon dimana anda berada.