Friday, July 18, 2008

Tentang - tentang

Sepanjang perjalanan menuju ofis aku teringat pada arwah tokwan(datuk) aku...Ishak bin Awang yang telah meninggalkan dunia pada 31 Ogos 2006.. dengan tarikh lahir tidak rasmi yang tertera dalam mykad pada usia 83 tahun. Arwah meninggal di hospital besar pulau pinang selepas menjalani pembedahan akibat saluran darahnya tersumbat. kami semua telah menjangkakan pemergian arwah berdasarkan pandangan doktor yang menyatakan di Eropah sekiranya terdapat 10 kes sebegitu hanya 1-2 kes saja yang berjaya diselamatkan melalui pembedahan. petang tu selepas mendengar berita dari Paklang aku termenung mengenangkan arwah tokwan. Arwah banyak menolong kami sekeluarga...terima kasih tokwan

kami sekeluarga redha ngan pemergian arwah..tapi ape yang aku terbayang adalah kehidupannya..Arwah tokwan merupakan satu2 tujuan kami balik kampung(kerana kedua2 datuk dan nenek sebelah mak telah lama meninggal sejak aku berumur bawah 4 tahun).Arwah tok(nenek) pula telah meninggal dunai pada tahun 2001. aku tak dapat hadir pada hari pengebumian tok kerana menghadapi SPM. Setiap kali hari raya aku hanya akan balik kampung di penang sahaja..tula satu2nya kampungku..bayangkan selama 20 tahun lebih hari raya disambut di sebuah kampung sahaja..tempat tu la yang aku rasai suasana berhari raya.

terlalu banyak kenangan aku dan arwah...kami penah berbasikal dari kampung padang tembusu(nama kampungku) ke pekan penanti yang jaraknya kurang 5 Km hanyalah untuk pergi gunting rambut..arwah mmg terkenal dengan sifat tegasnya..maklumlah bekas polis. so ramailah cucu2nya dimarahi jika melakukan kesilapan..bila dah kumpul ramai2 tu mestilah bermacam2 perangai.

Kami sekeluarga segera bertolak pada malam tu pulang ke kampung dengan di iringi keluarga angkat aku. Kami sampai tepat jam 4 pagi,segera aku mengangkat wuduk dan mengambil yassin dan membaca di sebelah jasad arwah. pagi tu aku telah mengangkat jasad arwah untuk dimandikan. Itulah kali pertama aku memandikan jenazah,bermacam-macam perasaan aku pada waktu itu..setelah selesai jenazah dimandikan jasad arwah dikafankan kami melihat serta mencium jasad arwah sebelum jenazah di tutup muka serta di simpan. Sepanjang proses tu tak terhenti aku membaca surah Surah Al-Ikhlas.sayu nya hati tatkala melihat adik beradik ayahku ada yang menangis tatkala muka arwah ditutup.jenazah segera dibawa ke masjid untuk di solatkan serta disimpan(dikebumikan).selesai urusan arwah kami segera pulang ke rumah..sebelum pulang k kuala lumpur aku sempat mengambil baju melayu arwah tokwan sebagai tanda..smoga tokwan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Ape yang paling menginsafkan aku adalah cerita kehidupannya pada masa penjajahan tentera Jepun di tanah melayu. Jepun telah datang ke kampungnya dan meminta ketua kampung untuk memilih 6 orang pemuda untuk bekerja di landasan keretapi maut di siam(Thailand) .Sekiranya xde orang yang mengikut perintah,maka seluruh kampung akan menerima padah.Maka arwah pon tergolong dalam 6 orang yang terpaksa untuk menyertai sebagai BURUH LANDASAN KERETAPI MAUT. Mereka diantara yang tidak bernasib baik tetapi demi kampung tercinta..mereka terpaksa..daripada 6 orang tersebut hanya lebih kurang 2-3 orang yang berjaya balik termasuk arwah. Salah seorang sahabatnya meninggal dunia di pangkuan arwah.

AHMAD nama kawannya..dan nama tu jugakla diberi kepada ayahku sempena nama sahabatnya yang meninggal dunia di pangkuannya. Bila mengenangkannya... sedih melihat keadaan negara malaysia pada waktu ni..orang2 terdahulu
bertungkus lumus memperjuangkan tanah air tetapi kita rakyat generasi baru hanya tahu menghancurkannya. Sesama Melayu pon kita masih bergaduh. Kita tidak lagi menghormati orang terdahulu yang memperjuangkan tanah air tanpa meminta balasan kerana bagi mereka perjuangan adalah demi Agama,Bangsa dan tanah air.

Mereka yang terdahulu pernah merasai derita penjajahan,kesan peperangan,kehilangan harta benda. Sebetulnya kita patut bersyukur dengan pengorbana
n yang telah diberikan oleh orang terdahulu..perjuangan mereka adalah jujur.mereka benar2 memahami erti kemerdekaan yang sebenar. Perjuangan generasi sekarang masih didalam kabus ribut. Terima kasih tokwan kerana menyedarkan aku erti kemerdekaan.


Disini menglamun h
ari mendatang, hari mendatang kiranya ku memeluk hiba..
sekalipun beralun awan mendatang, awan mendatang kiranya ku memeluk hibur..

~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~


No comments: