Thursday, August 21, 2008

31 OGOS 1957 Merdeka...merdeka..merdeka..

Secara tetiba teringat akan arwah tokwan yang pergi menghadap ilahi pada tanggal 31 Ogos 2006 AL-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan kedalam golongan orang-orang yang beriman.. Arwah penah merasai pahit getirnya perjuangan semasa sebelum kemerdekaan dan selepas merdeka..pernah derita sewaktu menjadi buruh landasan keretapi maut..kehilangan rakan seperjuangan..hayatilah pesanan pemimpin yang terdahulu..kerna mereka telah merasai pahit getirnya erti kehidupan sebelum dan selepas kemerdekaan..

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad







Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari
bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di n
egaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsa
ku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya
bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat
membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

TUN Mahathir

mei 1996


"ya Allah lindungi kami dari bala bencana dan malapetaka dan berilah hidayah dan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin kami supaya membawa kami ke jalan yang diredhaiMU.."

Darul Aman,Iman,Ridzuan,Indera Kayangan,
Ehsan,Takzim,Naim,Wilayah Persekutuan
Negeri Bersejarah,Makmur Dan Khusus
Pulau Mutiara,Bumi Kenyalang,Di Bawah Bayu

Bersatu,Berjanji,Bersumpah
Melawan Perintah
Menentang Penjajah
Demi Sembilan Belas
Lima Puluh Tujuh
Tiga Satu OGOS
Kita MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
MerDAYka…..


malaysiaku...merdeka..

Monday, August 18, 2008

silaturahim di antara engkau dan aku



Gambar ni di snap sekitar jam 1.00 tgh hari pada tahun 2001..masa ni x payah nk pikir masalah sebab suma tau cari masalah dan wat masalah jer.
kepada mereka2 didalam gambar ni dimanakah anda berada? giler dah berapa lama tak jumpa..ape cerita?pantas sungguh masa berlalu.aku akn citekan serba sedikit pasal kitorang.

Ni la rakan seperjuangan aku masa tu.masing2 amik berat antara satu sama lain(kami bukan gay@boy band)..
yang baju biru tu semua pengganas skolah..hahaha..diorang la informer kitorang kalu ader operasi lalang dari pihak skolah..so masa tu macam citer internal affair pon ader(kalu korang tgk movie tu la) .oleh kerana kelas kitorang sebelah tandas perempuan so menjadi kegiatan utama kitorang untuk menyakat bdk2 pompuan yang lalu lalang.lagipon masa tu x main la awek2 ni..so dah menjadi lumrah alam untuk budak2 lelaki menunjukkan kelakiannya. kerja2 menDajal ni serah j kat kitorang..
terima kasih suma sbb bagi aku peluang jd rakan korang..


walau dimanapon korang berada aku doakan smoga korang berjaya..rakan

Tuesday, August 12, 2008

Cuai




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan Maha Perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara



Serba sedikit mengenai negara yang tercinta.. Malaysia..Malaysiaku yang terumbang-ambing..
smoga Allah memberi rahmat dan petunjuk kepada para pemimpin kita...



~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~

Monday, August 4, 2008

Ngilu

Hari ni isnin macam biasala sibuk skit..sebabnya hari isnin ni banyak masalah. sambil melayari internet aku dengar lagu bertajuk tentang kita nyanyian band couple. Satu lagu yang tetiba j membuatkan aku teringat pada kawan lama aku bernama J.O.Dia ni merupakan kawan aku sejak dari amik SPM hinggalah Diploma. Untuk pengetahuan , bekas awek j.o( kawan aku gak satu kelas wat diploma) dia baru jer melangsungkan perkahwinan pada 2 hb ogos 2008 bersamaan hari sabtu yang lepas ni.so aku pon call la dia masa time rehat .

Alamak lain macam jer caller ringtone mamat ni,lagu yovie & Nuno tajuk menjaga hati..perh mamat ni tgh kecewa agaknya.. panggilan aku tak dijawab.pastu aku hantar la sms suh dia angkat tepon 'maybe' dia lupa no tepon opis aku. Tetiba j aku dapat sms dari dia cakap dia atas motor td.aku pon trus la call dia balik dengar caller ringtone yang sama..pastu dengar lak suara dia. Suara macam sedih j bukan ape aku call dia sebab nk tau j keadaan dia macam na. Sian lak aku dengar citer dia..bukan ape dah 2 orang bekas awek dia kawin ngan orang lain. pastu lak aku memang menjangkakan yang diorang akan berkahwin yela masa belajar lu macam belangkas j dorang berdua dahla satu kelas pastu hampir setiap hari pas abis kelas j.o akan hantar bekas aweknya pulang.Dasatnya ko j.o wa tabik sama lu

Berbalik pada bekas awek dia yang baru berkahwin ni J.o cakap dia dah berkawan lebih kurang 7 tahun(lamanya J.o). tp bekas aweknya pernah menyatakan hasrat nak berkahwin tp biasala lelaki kalu belum bersedia susah lah nk trima.J.o cakap dia penah suh bekas awek dia ni tunggu bagi dia masa tp maybe bekas awek dia tak pecaya.Pastu yang menyedihkan j.o cakap kalu dia tak pecaya untuk bagi masa bermakna hampir 7 tahun dia tak pecaya kat J.o.lagi satu kerja J.o ni memerlukan waktu shift,so pepahamla mana banyak masa untuk diluangkan pada orang tersayang. so pada pendapat aku komitmen pada ex-gurl dia kurangmenjadi punca keretakan(berdasarkan cerita dia) ngan kekawan lagila kurang.Dia sendri ngaku kat dalam tepon tu..habis sesi meluahkan perasaan kat aku.

Aku pon bagila kata2 semangat kat dia. alhamdulillah dia ni jenis yang tak berdendam dan tak memendam.Di akhir perbualan kami merancang untuk berjumpa,lepak2 sambil bercerita kisah silam.Apepon kita hanya merancang hanya tuhan menentukan, kalu kita tak merancang siapa nk menentukan?

Aku harap j.o akan mendapat jodoh yang lebih baik pada masa akan datang. smoga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Slamat pengantin baru kepada Nana smoga kekal ke akhir hayat..pada J.o aku harap ko tabah bg hari2 yang mendatang..memanglah penat, tapi macam mana nak buat..sudah terlambat baru nk cepat,terperanjat..kembali kepada selamanya,Kalau jatuh lagi.. berdiri kembali.. sekali lagi
Ni lirik lagu band couple tu..


Tentang kita
by Couple

Dimana kaca yang berserpihan
Biar aku pijakkan
Dimana taufan yang bertiupan
Biar aku padamkan
Kerna semua sudah tiada ertinya
Tentang cinta sudah tiada maknanya
Tentang kita elok dilupakan semua
Dimana laut yang bergelora
Kan ku redah semua
Dimana letaknya cinta kita
Kan ku pijak semua
Kerna semua sudah tiada ertinya
Tentang cinta sudah tiada maknanya
Tentang kita elok dilupakan semua...


~kabus, kabus ribut.. indah berseri-seri.. kabus, kabus ribut bilakah sampai waktu? ~