Thursday, August 21, 2008

31 OGOS 1957 Merdeka...merdeka..merdeka..

Secara tetiba teringat akan arwah tokwan yang pergi menghadap ilahi pada tanggal 31 Ogos 2006 AL-Fatihah...semoga rohnya ditempatkan kedalam golongan orang-orang yang beriman.. Arwah penah merasai pahit getirnya perjuangan semasa sebelum kemerdekaan dan selepas merdeka..pernah derita sewaktu menjadi buruh landasan keretapi maut..kehilangan rakan seperjuangan..hayatilah pesanan pemimpin yang terdahulu..kerna mereka telah merasai pahit getirnya erti kehidupan sebelum dan selepas kemerdekaan..

Perjuangan Yang Belum Selesai - Dr. Mahathir Mohamad







Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari
bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di n
egaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsa
ku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya
bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat
membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

TUN Mahathir

mei 1996


"ya Allah lindungi kami dari bala bencana dan malapetaka dan berilah hidayah dan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin kami supaya membawa kami ke jalan yang diredhaiMU.."

Darul Aman,Iman,Ridzuan,Indera Kayangan,
Ehsan,Takzim,Naim,Wilayah Persekutuan
Negeri Bersejarah,Makmur Dan Khusus
Pulau Mutiara,Bumi Kenyalang,Di Bawah Bayu

Bersatu,Berjanji,Bersumpah
Melawan Perintah
Menentang Penjajah
Demi Sembilan Belas
Lima Puluh Tujuh
Tiga Satu OGOS
Kita MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
MerDAYka,MerDAYka,MerDAYka
MerDAYka…..


malaysiaku...merdeka..

No comments: